Jun 8, 2005

::Tentang Si Tua::



Luqman Al Haqim banyak bercerita ttg apa itu kehidupan dan bagaimana selayaknya kehidupan dilalui..pada anak-anaknya. Nama beliau termaktub dalam Al-Quran. Antara yg aku pernah belajar dulu tentang hubungan ayah, ibu dan anak. Ya, tentang kesusahan sang ibu melahirkan, tentang bagaimana anak patut melayan keduanya..dsb. Itu..kisah teladan dan ilmu dalam kita Tuhan. Segala buat panduan.

Parenting kelas. Tentang usia tua. Ageing. Terbayang ayah bonda di rumah.

Apa patut anak buat bila ayah bonda menginjak usia emas?

Gerontologist ->pengkaji usia emas (The scientific study of the biological, psychological, and sociological phenomena associated with old age and aging) mengatakan bahawa ada 2 peringkat umur utk orang yang layak digelar tua. Satu dari umur 55 hingga 65. Kedua dari umur 65 sampai ke akhirnya.

So, apa simptom penuaan?? Hemm..seperti yang kebanyakan kita ketahui antaranya ialah:-

1) kurang penglihatan dan pendengaran
2) mudah mendapat penyakit sprt darah tinggi, kencing manis dsb
3) mudah sensitif
4)perubahan fizikal (kedut, rambut beruban)

Itu antaranya. Ilmuan Islam ada mengkaji tentang level hidup manusia yang dibahagi pada 3 bahagian. Bermula lemah (seawal bayi) kemudian kuat (level dewasa) dan pengakhirannya lemah kembali (hari tua) Manusia, bermula dgn lemah dan akhirnya lemah jua. Tiada siapa dapat menyangkal kuasa pencipta.

Atuk, nenek..mahupun ayah bonda, umur mereka makin ditelan masa. Dan pernah kah kita terfikir apa yang akan kita sumbangkan pada mereka?? Masih perlukah sibuk fikir apa yang telah mereka berikan?? Ya, kadang kita lupa. Kita sibuk. "I sibuklah..mana ada masa nak bawa mak I jalan-jalan, makan angin"

Ermm..dunia makin hebat. Canggih segala dan kadang kita tak nampak yang kekayaan itu telah memiskinkan hati kita. Tiada lagi kasih sayang..walhal ianya adalah tentang hubungan pertalian darah sesama keluarga. Contoh paling mudah, kerana harta, sanggup kita putuskan tali silaturrahim. Ermm..dunia benar makin tua.

Jangan kata dunia, manusia pun sebenarnya makin tua. Tua sampai terlupa akan amanah dan tanggungjawab masing-masing. Amanah yang patut digalas sbg bapa, ibu, anak..

Wahai diri, sementara masih ada umur ayah dan bonda..kenangilah. Tangan itu makin tua. Kedut sudah. Terasa baru semalam ia menyuap mulut mungil ini. Kadang mereka sakit, sedikit tak beritakan pada anak-anak. Sampai satu masa, kita jatuh menangis.. rupanya mak ayah kita menderita tanpa kita semua ketahui apa. Ya Allah!!

Jangan sampai satu ketika, kita tak sempat melaksana apa yg mereka inginkan. Jangan pernah mereka tak tahu yang kita sayangkan mereka. Manusia, masih suka benar menyimpan ego sendiri..

Tak banyak, segala yang tercurah..mereka pinta perhatian kita. Kebahagiaan itu hadir beserta kaya dan cinta di dalamnya. Bahagia ibu bapa, dengan anak-anak yang soleh. Bahagia ibu bapa melihat anak-anak berjaya. Bahagia ibu bapa dilayan seperti mana mereka pernah menabur kasih sepanjang usia kita..makin dewasa. (kadang mereka tak pernah meminta apatah lagi ungkit kembali apa yg telah diberi)

Dan kita pun akan tua. Sebuah usia..yang dikatakan makin hampir dengan Tuhan. Tapi apakah kita yakin yg nyawa akan dicabut bila hanya manusia itu sudah Tua???

p/s: Redha Tuhan terletak pada redha ibu bapa..

No comments: